Wednesday, November 4, 2009

DEFINISI DAN KATEGORI PPKI/BP

DEFINISI

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) merupakan sebuah kelas yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran (Learning Disabilities).
Walaupun mereka bermasalah dalam pembelajaran tetapi mereka masih boleh memahami arahan mudah.

Pengajaran yang ditekankan di kelas Permata Hatiku (PKBP) ini merupakan latihan kemahiran amali untuk untuk berdikari.

Latihan kemahiran ini diharapkan dapat diaplikasikan oleh kanak-kanak di dalam kehidupan seharian mereka kelak

KATEGORI

Kanak-kanak PPKI/BP yang mengalami kekurangan akal kecacatan, terbahagi kepada dua golongan:
Berkaitan dengan sel otak yang tidak berfungsi dengan normal
Tidak mempunyai kaitan dengan otak.

Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi masalah dari segi perkembangan sosial, emosi, sahsiah dan proses pembelajaran sekiranya tidak dibimbing sewajarnya

No comments:

Post a Comment