Wednesday, November 4, 2009

Profil PPKI/BP

SEJARAH PEMBUKAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SMK TUANKU ABDUL RAHMAN


Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Tuanku Abdul Rahman telah ditubuhkan pada 12 Januari 2004. Pada awal kemasukan pelajar ke program ini hanyalah seramai 16 orang dengan 2 orang tenaga pengajar iaitu Pn Che Nazelah Bt. Azizi dan Pn Azean Bt. Hj Shariff. Pn Azean Bt Hj Shariff telah menjadi Penyelaras bermula tahun 2004 sehingga 2005. Bermula pada tahun 2005, Pn Nazelah Bt Azizi telah mengambil alih sebagai penyelaras sehingga sekarang.

Bilangan pelajar kemudiannya bertambah kepada 21 orang pada tahun 2005 dengan 3 orang tenaga pengajar. Bilangan pelajar telah meningkat menjelang tahun 2009 kepada 27 orang dengan 5 orang tenaga pengajar termasuk seorang guru GSTT dengan dua orang pembantu pengurusan murid.

No comments:

Post a Comment